Wednesday, March 4, 2015

Remove Tarikh Pada Handout Powerpoint.


Assalamualaikum..

Aku rasa macam dah lama je kan aku tak share tips kat sini.. So, sebelum terlambat, aku nak wish Happy Chinese New Year pada readers aku yang Chinese.. Aku harap berlum terlambat la kut kan? Since office aku pun masih dengan gantungan merah-merah tu..

Okey.. Back pada tajuk.. Aku dengan yakin dan confidentnya dan sangat percaya yang korang semua biasa dengan presentation kan? Dan sangat percaya juga, korang biasanya akan guna Powerpoint.. Betul?  Dan selalunya juga, before korang present apa-apa, lecturer mesti minta korang prepare handouts untuk lecturer tu sendiri dan prepare beberapa set untuk kawan-kawan korang yang akan dengar presentation korang.. Betul?

Korang rasa macam annoying tak bila korang print handouts korang tu, tetiba ada tarikh atas dia.. Macam dalam gambar kat bawah ni..


Dulu aku pernah cuba nak delete benda tu.. Sebabnya rasa sangat menyampah tengok tarikh tu kat situ.. Lagi pula kalau aku print last minutes.. Memang lepas tu aku kena shoot la dengan lecturer kan kalau ada tarikh macam tu..

Jujurnya, aku nak share benda ni bukan sebab ajar korang menipu ke apa ke.. Terpulang pada korang nak guna dengan niat cemane.. Cuma, aku share sebab, once korang dah masuk alam pekerjaan nanti, korang akan rasa kerja korang sangat tak proper dengan hadirnya tarikh tu.. Walaupun ia sekadar tarikh je..  Seriously tak proper.. Lagi pulak kalau nak kena audit.. Nampak sangat la kan korang buat kerja last minutes.. Kannnnnn?

So, as usual, aku akan ajar korang step by step, so that, tak terkeliru.. If korang ada soalan at the end nanti, korang boleh Whatsapp aku, atau Wechat aku, tapi kalau korang nak add Wechat aku, please letak keyword 'Pilot Wannabe', so that aku tahu korang dari mana.. Kalau main sebat je, memang aku tak approve la.. Phone number aku 017-6954624.. Lain dari Whatsapp atau Wechat, aku memang tak layan okey.. Aku cakap awal-awal la sini.. Thank you..

Let's begin!

For sure korang kena buka powerpont atau slide korang yang korang nak print out tu.. So, aku guna contoh nota pensyarah aku masa belajar dulu..



Pergi ke print preview.. Sebab aku nak tunjukkan korang mana tarikh yang patut korang hilangkan..

Selalu kalau aku print handout, aku akan set 6 slide per page.. Tapi bergantung pada jumlah slides aku la.. Kalau banyak, aku buat 6.. Kalau sikit, aku buat 4 atau 2.. Dan bergantung juga pada font aku.. KAng print kecik sangat kang, rabun pulak orang nak baca handout tu kan..

So, inilah benda yang akan kita ghaibkan kejap lagi.. 2 kat atas..

2 lagi kat bawah..

Step dia saaaaaaaaaaaaangat easy.. Just follow okey..

FIRST:
Korang pergi kat ribbon tu.. Yang ada tulis Home, Insert, Design, Animation, Slide Show, Review and View tu..  Korang select View.. Yang kat HUJUNG SEKALI.. Belah Kanan..


Dah masuk kat situ..

SECOND:
Pick Handout Master


Ini rupa handout korang yang akan korang print nanti..

THIRD:

Kat ribbon selepas korang pick Handout Master tu tadi, korang akan nampak 4 benda yang ada tick tu.. Sekarang, korang untick kan dia.. 

Selepas untik, korang Close Master View.

FOURTH:
Check semula kat print preview.. Selepas untick, korang akan nampak handout korang dah tak ada tarikh, tak ada header, footer dan tak ada page number..



Sekarang, korang dah boleh print handout korang tanpa perlu fikir pasal tarikh lagi.. Dan benda tu la yang aku tengah hadap kat office sekarang.

Aku harap entry ni dapat bantu korang walaupun entry ni saaaaaangat simple.. Do share this tips.. And again, kalau korang ada sebarang soalan, atau korang nak aku buat entry baru, boleh Whatsapp atau WeChat aku.. 017-6954624.. Atau korang boleh jugak like page baru aku.. Okey, sangat baru sebab aku baru create hari ni.. 


Korang boleh inbox aku kat situ kalau ada apa-apa soalan.. Don't worry, aku online 24/7.. Memang sentiada ada, insyaAllah..

Ohhh.. For those yang ada area MELAKA.. MERLIMAU, PULAI, SERKAM, UMBAI atau kawasan-kawasan yang dekat area situ, kalau korang masih bersekolah, umur korang between 6 hingga 17 tahun, atau korang ada adik-adik, sedara-sedara, anak-anak buah, yang berminat nak join kelas aku yang InsyaAllah aku akan buat kat Kampung Pulai, Melaka, korang boleh roger-roger aku..

Kalau ada yang berminat, insyaAllah aku akan start class bulan 4 ni.. InsyaAllah, Sebulan 4 kali kelas.. Sabtu dan Ahad.. Jadual aku akan keluarkan kemudian..

Okey.. Akhir sekali, good luck kat korang semua dalam segala bidang yang korang ceburi.. Aku harap korang success selalu..








...Silent ... Smile ... Steady...

Thursday, August 28, 2014

Powerpoint Slides..Ala-ala PRO

So, macam yang aku janjikan pada korang, aku nak bagi sikit tips yang aku dapat dari seorang pensyarah aku masa kat Poli pasal macam mana cara nak buat slide yang ala-ala pro gitu.. Sebenarnya, bukan tak boleh nak buat slide macam biasa kita buat tu.. Boleh je.. Simple.. Dan kalau pandai ttouch-up, kompom cantek punya la kan.. Tapi, yang aku nak share dengan korang ni, slide yang lebih memudahkan kita la..

Pertamanya, slide tu akan nampak macam kita ada kat dalam satu slide je.. Tapi hakikatnya banyak! Satu lagi, kalau korang tengah present depan orang.. Tiba-tiba dia missed nak tengok 4, 5, 6 slides yang sebenarnya korang dah bentangkan.. For sure dia akan minta korang repeat semula slide tu kan? Then masa tu la korang akan terkial-kial cari, yang mana satu ea? Yang ni ke? Tajuk mana? Slide nombor berapa?

So, thats why la aku sangat suka dengan tips yang pensyarah aku share kat kami ni.. Sangat-sangat-sangat-sangat berguna untuk kami! Dan lepas je settled kelas project masa tu, aku share slide aku kat adik aku yang tengah sibuk dengan PBS bagai.. Ada satu hari, dia minta tolong aku checkkan slide yang group dia buat.. Since aku dah terbiasa dengan stail baru, maka aku pun merungut, eh, ni apa yang kau buat ni? :P

Okey la.. Jom!


1- First sekali, sure la korang kena buka software Microsoft Office Powerpoint kan.. 



2- Hiaskan dengan tajuk presentation korang. Dan lepas ni orang takkan tanya korang berulang kali, "Apa ya tajuk presentation awak?"
*kalau korang ada nak letak logo ke apa-apa ke, letak la.. Tapi jangan makan banyak ruang, since korang punya isi perbentangan lebih penting sebenarnya*



3- Create menu.  Dalam setiap topik, surely akan ada sub-topik dan sub-sub-topik kan.. So, create menu kat tepi.. So that korang akan mudah nak reach sub-topik yang audience korang missed nanti.
*nak mudah susun, supaya jarak nampak sama, nampak cantik, aku sarankan korang buat box gitu. So that, akan lebih mudah nampak la..*




4- Masukkan border untuk isi-isi penting.  Pilihlah apa jenis border pun.. Tapi aku prefer yang simple-simple je.. Jangan serabut sangat.. Nanti tak cantik..




5- Letak text box dalam border. Adjust la kasi center.. Since text box tu agak susah nak cari kalau tak ada text dalamnya, so, korang tepekkan la korang punya intro dalam tu. Nak letak ayat-ayat lain pun boleh asal senang nak jumpa text box tu.. Tapi, buat apa buat kerja banyak-banyak kali kan?



6- Duplicate slide. Supaya semua slide nampak sama je. Ingat, matlamat kita tadi nak nampak macam dalam satu slide je kan..



7- In case korang ni ada penyakit lupa tahap payah nak ubat, korang mark la korang dah buat sampai sub-topik ke berapa.. Tapi dah nak hujung nanti aku nak korang padam semula yang korang mark ni.. Sebab kita nak hyperlinkkan..


8- Okey, sekarang, hyperlinkkan..
*make sure korang punya text box jadi macam tu.. jangan jadi macam gambar yang satu lagi.. meaning, korang akan hyperlinkkan box tu, bukan text dalamnya..*


*jangan buat macam ni!*


*korang klik 'BOOKMARK' kat sebelah kanan tu, nanti akan keluar list slide yang ada dalam korang punya current file.. Linkkan dengan betul! Contoh: Introduction, hyperlinkkan dengan slide 1, and so on..*

*untuk pecahan-pecahan pada bawah sub-topik pun korang kena buat menu dia.. aku selalu letak kat bawah.. (tulisan hijau tu).. caranya sama, create list menu, and hyperlinkkan..



9- HOME button, aku prefer letak warna lain selain dengan menu list.. Supaya tak tersalah tekan.. Biasalah, kadang-kadang, kita tengah present ni, gabra lain macam.. Kannn..



10- Bila dah settle hyperlinkkan semua, buat la front page pula.. Aku suka buat kat file yang berbeza.. So, create new file.. Dan, design kan..





Itu je la step nya pun.. Ada tips sikit nak bagi..

1- Cara paling mudah korang nak hyperlinkkan, so that tak payah korang pergi kat setiap slide, and hyperlinkkan satu-satu kan.. Masa korang duplicate slide tu, make sure ada satu slide lebih.. Maknanya, slide tu korang akan gunakan untuk create hyperlink pada setiap menu.. Once korang dah hyperlinkkan, korang copy semua menu list korang tu, pergi kat slide yang korang nak paste kan.. Tapi make sure, sebelum korang paste tu, korang kena delete dulu menu list yang sedia ada, yang korang dah mark macam yang aku sarankan awal-awal tadi. Then korang kena mark semula la.. Hiks..

2- Design korang, jangan serabut sangat, jangan simple sangat.. Sebabnya, ada sesetengah audience tak suka slide yang serabut.. Ada juga yang tak suka yang simple sangat.. Bosan katanya.. So, buat biasa-biasa je..

3- Tak perlu letak apa-apa yang bergerak-gerak pada slide korang, sebab nanti akan mengalih perhatian audience untuk kira berapa kali menatang tu bergerak.. Bukan fokus pada isi perbentangan korang.. *tips ni dari lecturer Tamadun Islam aku*.. Bila audience tak fokus, specially students, maka, potensi untuk gagal sangat la tinggi.. Unless diorang rajin nak ulang semula topik yang korang bentang.. Budak poli, tak ramai kut yang akan mengulang.. Aku termasuk laa.. :P


Tu je kut setakat ni.. Kalau korang ada masalah nak tanya, boleh direct email aku, 
sc_abdullah@yahoo.com
 atau leave komen kat bawah, bila-bila free, aku akan balas..
In case ada yang tak faham langsung apa aku terangkan, komen komen komen kat bawah, so, aku akan prepare video supaya lebih jelas.. Aku takkan buat video kalau tak ada orang komen.. Sebab aku assume korang faham.. Hiks..

Okey dah.. Adiosss!

...Silent ... Smile ... Steady...

Wednesday, August 27, 2014

Acane eak nak buat slide ala-ala pro gitu?? [TEASER]

Hyeyo! Lama tak buat posting.. Niatnya nak buat lepas habis belajar hari tu, tapi, aku sibuk gila-gila dengan games.. :P

So, hari ni nak bagi teaser sikit pasal "Powerpoint Slides..Ala-ala PRO".. Actually, ilmu ni aku dapat masa kat poli.. Kelas projek.. Lecturer aku kata, kalau nak belajar yang lagi advance, pergi jumpa lecturer tu.. Bayaran, nego la sendiri.. :P

Teaser ni pasal aku dah silap buat sebenarnya.. Sepatutnya slide aku tu kena ada HOME button, tapi, aku terlupa buat, dan aku dah mark as final dengan jayanya.. Maka, aku pun dengan sesuka hati akan buat slide baru, tajuk lain la, pasal kalau nak suruh buat yang sama, memang design aku takkan sama dengan yang asal.. Ahaks..

So, nah.. Bagi aku 24 hours untuk update tutorial eak.. InsyaAllah.. Biizillah..

SLIDE (front page):

SLIDE (point):

VIDEO:

...Silent ... Smile ... Steady...

Monday, May 27, 2013

Tukar Language

Salam.. Hype! Lama tak buat posting.. Busy dengan LI.. Tapi abes dah.. Macam mana LI? Boleh laa.. Dapat juga la ilmu baru.. Ilmu yang dah lama saya nak cari tapi tak menyempat.. Alhamdulillah semuanya dah selesai..

So, hari ni nak buat topik baru..
Tukar language..

Early this morning Kawan Hidup Mati saya mesej, asking me,


So, dengan jayanya saya pun ajarlah dia..

Ni stepnya.. 10 steps je.. Follow je okey..



1. Start and Control Panel



2. Clock, Language and Region


3. Region and Language


4. Keyboard and Language


5. Change keyboards


6. Add


 7.  Choose Language


Saya choose Arabic (Saudi Arabia), sebab kawan saya nak arabic kan..
Tick la mana language yang nak guna..


8.  Apply and OK


9.  Lepas buka mana-mana software, sila la set kat bawah tu.. Kat Taskbar, sebelah jam..
*saya punya jadi belah atas sebab taskbar saya dok belah kiri..


10.  Test..


SIAP!

Good luck kat korang!  Okey, nak out dulu.. Family time ;)


...Silent ... Smile ... Steady...

Tuesday, November 20, 2012

[ALERT]

Assalamualaikum.. Leni ramai yang dok bising-bising pasal boikot Israel sebagai bukti kita menentang kezaliman Zionis terhadap saudara-saudara kita di Gaza.. *uish.. ayat penulis! gian nak nulis tak lepas lagi neh.. tunggu lepas final.. wa bantai habes!*

So, ini nak habaq mai neh.. Pada yang belum buat, baru beli laptop, atau baru lepas format laptop.. Meh nak tunjuk satu benda kalau korang belum tahu pasal benda neh..


Korang tahu dak pasal benda neh?? Ni namanya Menorah..




Nak lagi jelas, NAH! Israel punya!..

Jadi, apa kena mengena pulak dengan laptop kan?? Mesti ada yang tanya gitu.. Ye dak?? Meh nak bagitahu.. Follow steps kat bawah neh.. Pastu, make sure korang delete okeyh! Kita tak perlukan benda neh..

1- Pergi kat Local Disk (C).. Tempat korang save segala software bagai tu.. Kalau lappy saya, dah tukar nama, jadi Chaby.. Korang punya, ikut ler nama apa yang korang guna.. Yang penting disk C..

2- Pergi kat 'Program Files'



3- 'Microsoft Office'


4- 'Media'


5- 'CAGCAT 10'


6- 'J0285926'


Tadaaaaaaa.... Same tak dengan gambar tadi??




So, apa tindakan korang sekarang?? ;)
TEPUK DADA, TANYA IMAN

Salam Ukhwah :)

...Silent ... Smile ... Steady...

Saturday, October 13, 2012

Download Icon

Salam.. Actually entry ni Kak Dee yang mintak.. Lama dah.. Dekat sebulan dah kut.. Tapi tak nyempat.. Maap ler Kak Dee ea.. Adek kamu ni dok bizi belajor sekarang neh.. :D Malam ni pun cari gak ruang untuk buat.. Sebagai janji kann.. So.. Lets check it out...


1- Pergi kat GOOGLE.. dan masukkan keyword.. since kita nak download icon, then, carilah icon.. as usual, saya suggest cari format .PNG supaya tak payah nak edit lagi..




2- Daripada google tadi, akan keluarlah banyak-banyak-banyak-banyak link yang berkaitan dengan icon.. So, korang pilihlah salah satu.. Takpun, korang klik je pada gambar bawah neh.. Terus direct ke site tu.. *dah ler TERUS, DIRECT lak tu :P*




ataupun Google jerrr...


 untuk toturial ni saya gunakan link pertama..

- Pilihlah CATEGORIES..


 - Saya pilih KIDS...


- Tadaaaaaaa... so, pilihlahhh..


- Okeyh, saya try Smurf..


 - Klik Download PNG

- Sebelum tu, boleh jugak pilih size dulu.. Eloknya pilih yang besar.. sebab pixel besar lagi cantek...


- Lepas klik Download PNG tadi tu, akan keluar macam neh.. Ni saiz paling besar.. So, pilih SAVE AS...


- Macam biasa, akan keluar macam ni..


- Save dalam satu folder.. korang create la sendiri.. Letak kat tempat yang korang mudah ingat..


 -Contoh macam ni...


- Bukti dah berjaya.. Meh kita edit gambar...



- Tudiaaaaaaaaaaaaa...



So, good luck!!!




...Silent ... Smile ... Steady...