Thursday, August 28, 2014

Powerpoint Slides..Ala-ala PRO

So, macam yang aku janjikan pada korang, aku nak bagi sikit tips yang aku dapat dari seorang pensyarah aku masa kat Poli pasal macam mana cara nak buat slide yang ala-ala pro gitu.. Sebenarnya, bukan tak boleh nak buat slide macam biasa kita buat tu.. Boleh je.. Simple.. Dan kalau pandai ttouch-up, kompom cantek punya la kan.. Tapi, yang aku nak share dengan korang ni, slide yang lebih memudahkan kita la..

Pertamanya, slide tu akan nampak macam kita ada kat dalam satu slide je.. Tapi hakikatnya banyak! Satu lagi, kalau korang tengah present depan orang.. Tiba-tiba dia missed nak tengok 4, 5, 6 slides yang sebenarnya korang dah bentangkan.. For sure dia akan minta korang repeat semula slide tu kan? Then masa tu la korang akan terkial-kial cari, yang mana satu ea? Yang ni ke? Tajuk mana? Slide nombor berapa?

So, thats why la aku sangat suka dengan tips yang pensyarah aku share kat kami ni.. Sangat-sangat-sangat-sangat berguna untuk kami! Dan lepas je settled kelas project masa tu, aku share slide aku kat adik aku yang tengah sibuk dengan PBS bagai.. Ada satu hari, dia minta tolong aku checkkan slide yang group dia buat.. Since aku dah terbiasa dengan stail baru, maka aku pun merungut, eh, ni apa yang kau buat ni? :P

Okey la.. Jom!


1- First sekali, sure la korang kena buka software Microsoft Office Powerpoint kan.. 



2- Hiaskan dengan tajuk presentation korang. Dan lepas ni orang takkan tanya korang berulang kali, "Apa ya tajuk presentation awak?"
*kalau korang ada nak letak logo ke apa-apa ke, letak la.. Tapi jangan makan banyak ruang, since korang punya isi perbentangan lebih penting sebenarnya*



3- Create menu.  Dalam setiap topik, surely akan ada sub-topik dan sub-sub-topik kan.. So, create menu kat tepi.. So that korang akan mudah nak reach sub-topik yang audience korang missed nanti.
*nak mudah susun, supaya jarak nampak sama, nampak cantik, aku sarankan korang buat box gitu. So that, akan lebih mudah nampak la..*




4- Masukkan border untuk isi-isi penting.  Pilihlah apa jenis border pun.. Tapi aku prefer yang simple-simple je.. Jangan serabut sangat.. Nanti tak cantik..




5- Letak text box dalam border. Adjust la kasi center.. Since text box tu agak susah nak cari kalau tak ada text dalamnya, so, korang tepekkan la korang punya intro dalam tu. Nak letak ayat-ayat lain pun boleh asal senang nak jumpa text box tu.. Tapi, buat apa buat kerja banyak-banyak kali kan?



6- Duplicate slide. Supaya semua slide nampak sama je. Ingat, matlamat kita tadi nak nampak macam dalam satu slide je kan..



7- In case korang ni ada penyakit lupa tahap payah nak ubat, korang mark la korang dah buat sampai sub-topik ke berapa.. Tapi dah nak hujung nanti aku nak korang padam semula yang korang mark ni.. Sebab kita nak hyperlinkkan..


8- Okey, sekarang, hyperlinkkan..
*make sure korang punya text box jadi macam tu.. jangan jadi macam gambar yang satu lagi.. meaning, korang akan hyperlinkkan box tu, bukan text dalamnya..*


*jangan buat macam ni!*


*korang klik 'BOOKMARK' kat sebelah kanan tu, nanti akan keluar list slide yang ada dalam korang punya current file.. Linkkan dengan betul! Contoh: Introduction, hyperlinkkan dengan slide 1, and so on..*

*untuk pecahan-pecahan pada bawah sub-topik pun korang kena buat menu dia.. aku selalu letak kat bawah.. (tulisan hijau tu).. caranya sama, create list menu, and hyperlinkkan..



9- HOME button, aku prefer letak warna lain selain dengan menu list.. Supaya tak tersalah tekan.. Biasalah, kadang-kadang, kita tengah present ni, gabra lain macam.. Kannn..



10- Bila dah settle hyperlinkkan semua, buat la front page pula.. Aku suka buat kat file yang berbeza.. So, create new file.. Dan, design kan..





Itu je la step nya pun.. Ada tips sikit nak bagi..

1- Cara paling mudah korang nak hyperlinkkan, so that tak payah korang pergi kat setiap slide, and hyperlinkkan satu-satu kan.. Masa korang duplicate slide tu, make sure ada satu slide lebih.. Maknanya, slide tu korang akan gunakan untuk create hyperlink pada setiap menu.. Once korang dah hyperlinkkan, korang copy semua menu list korang tu, pergi kat slide yang korang nak paste kan.. Tapi make sure, sebelum korang paste tu, korang kena delete dulu menu list yang sedia ada, yang korang dah mark macam yang aku sarankan awal-awal tadi. Then korang kena mark semula la.. Hiks..

2- Design korang, jangan serabut sangat, jangan simple sangat.. Sebabnya, ada sesetengah audience tak suka slide yang serabut.. Ada juga yang tak suka yang simple sangat.. Bosan katanya.. So, buat biasa-biasa je..

3- Tak perlu letak apa-apa yang bergerak-gerak pada slide korang, sebab nanti akan mengalih perhatian audience untuk kira berapa kali menatang tu bergerak.. Bukan fokus pada isi perbentangan korang.. *tips ni dari lecturer Tamadun Islam aku*.. Bila audience tak fokus, specially students, maka, potensi untuk gagal sangat la tinggi.. Unless diorang rajin nak ulang semula topik yang korang bentang.. Budak poli, tak ramai kut yang akan mengulang.. Aku termasuk laa.. :P


Tu je kut setakat ni.. Kalau korang ada masalah nak tanya, boleh direct email aku, 
sc_abdullah@yahoo.com
 atau leave komen kat bawah, bila-bila free, aku akan balas..
In case ada yang tak faham langsung apa aku terangkan, komen komen komen kat bawah, so, aku akan prepare video supaya lebih jelas.. Aku takkan buat video kalau tak ada orang komen.. Sebab aku assume korang faham.. Hiks..

Okey dah.. Adiosss!

...Silent ... Smile ... Steady...

No comments:

Post a Comment